MATLAMAT DAN TUJUAN KURSUS

  • Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Pengajaran berbantukan komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman web dan kemudian guru dan pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Sebagai contoh, laman web yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran iaitu, https://spp.moe.edu.mymengandungi pelbagai nota dan latih tubi yang amat berguna buat guru dan pelajar.
  • Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas.
  • Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar. Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.