INTERAKSI 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI UNTUK BAHAN BAHASA MELAYU

 

1.1 Menilai dan menggunakan Enjin Pencari yang sesuai untuk penggunaan bilik darjah

Enjin pencari (search engine) ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “kata nama” pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “kata nama” akan dipaparkan. Bahan atau hasil carian boleh terdiri daripada teks, audio, video atau grafik. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP (Search Engine Results Page) atau hasil muka carian dalam enjin carian.

Penilaian terhadap enjin pencari oleh seseorang pengguna bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah cepat dan mudah untuk mencari maklumat, mempunyai ciri-ciri yang canggih dan mesra pengguna, paparan yang sederhana dan tidak terlalu kompleks, kekerapan penggunaan oleh pengguna internet, kelajuan enjin pencari mencari bahan yang dicari dan kemudahan untuk akses dan muat turun bahan. Rajah 1.1 menunjukkan contoh-contoh enjin pencari yang terkenal.


1.2 Menggunakan fitur web, video, audio, dan imej

World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. World Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat.Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunyai alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah https://, iaitu singkatan HyperText Transfer Protocol contohnya, untuk mendapat maklumat tentang Kementerian Pendidikan Malaysia, taip sahaja alamat https://www.moe.gov.my/ dalam enjin pencari seperti Google. Pengguna boleh mendapatkan bahan video melalui enjin pencari Google video atau pencari Yahoo video.